PRU15 | Polis kenal pasti 'budak nakal' elak kekacauan

2022-11-02 0

Polis Kelantan akan melaksanakan pemantauan dan mengenal pasti individu yang boleh mencetuskan ketegangan sepanjang kempen Pilihan Raya Umum di Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti - budak budak nakal, yang mungkin bertindak mencabut atau mengalihkan bendera parti politik sehingga boleh mencetuskan ketegangan.